KISAH ARNAB DENGAN KURA-KURA

ARNAB DAN KURA-KURA Pada zaman dahulu, dipercayai semua binatang boleh bercakap sesama mereka. Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang. Hatinya begitu riang sekali. Semasa Sang Arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan. Sang Arnab berhenti berlari, matanya sedang memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik timbul di hatinya untuk bertanya kepada Sang Kura-Kura. Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-Kura!”. Kura-Kura : “Selamat Pagi Sang Arnab”. Arnab : “Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa”. Kura-Kura : “Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan laju-laju pula. Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk di sini”. Arnab : “Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang” Kata Arnab dengan angkuhnya sam...