Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Ibu adalah seorang insan yang tidak ternilai harganya. Insan yang bergelar ibu inilah yang telah melahirkan kita dengan bertarung nyawa semata-mata untuk memberi kehidupan kepada kita. Mereka sanggup bertarung nyawa untuk kita supaya kita menjadi seorang yang berjaya, mempunyai kekuatan agama yang kukuh dan lain-lain lagi perkara yang baik. Kebelakangan ini , banyak manusia yang tidak menghormati dan selalu bersikap kurang ajar dengan ibu sendiri sehingga ibu sendiri dengan sewenang-wenangnya ditendang begitu sahaja. Kejadian ini, kalau dihitung dalam populasi , hampir 98% penduduk di bumi ini yang melakukan perkara yang kejam ini terhadap ibu kandung mereka sendiri. Oleh itu, janganlah kita melakukan perkara yang salah disisi agama dengan melakukan yang kejam sedemikian kerana ibu itu ibarat permata hati kita. Ibu itu juga jantung hati kita dan syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Satu titis air mata yang menitis di muka ibu kita dengan kesalahan yang kita lakukan, ma...